Getaran Jiwa: Improvisasi persembahan tonjol identiti peserta

Spread the love

KUCHING, 4 Nov : Getaran Jiwa mengintai peserta yang bijak mengimprovisasi nyanyian agar menonjolkan identiti diri mereka sebagai penghibur di pentas.

Kriteria sedemikian kata Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris akan membawa diri para peserta tidak meniru penyanyi asal atau penyanyi lain seterusnya melahirkan jiwa anak seni yang terbaik ke dalam diri masing-masing.

“Pelapis yang baik adalah seorang yang boleh ‘improvise’ persembahannya bukan sahaja dari segi persembahan tetapi nyanyian dan kita juga tahu bakat itu akan keluar secara sendirinya,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu raptai Getaran Jiwa hari ini.

Selain itu, mesra dipanggil Kak Ani beliau turut menekankan penghayatan dalam menjiwai persembahan merupakan kriteria yang penting bagi peserta Getaran Jiwa.

“Pelapis yang baik adalah apabila dia dapat menghayati atau menjiwai lagu yang dinyanyikan pada masa sama, ia mesti dilihat ‘segar’ dan mempunyai keunikan yang tersendiri,” katanya lagi.

Noraniza Idris merupakan juri jemputan bagi Konsert Getaran Jiwa minggu ketiga yang bakal diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) malam ini. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.