Getaran Jiwa: Aruel Ariel dan Santiana Ramli mara ke pusingan separuh akhir

Spread the love

KUCHING, 4 Nov: Dua lagi peserta, Aruel Ariel dan Santiana Ramli mara ke pusingan separuh akhir program Getaran Jiwa pada konsert minggu ketiga yang bersiaran secara langsung dari Stadium MBKS, Bintawa malam ini.

Pengurus Saluran TVS Program Getaran Jiwa, Aizal Ibrahim berkata Aruel dan Santiana masing-masing memperoleh
kutipan 67 markah dan 56 markah.

“Persembahan setiap peserta dinilai melalui sistem pemarkahan yang terbahagi kepada 70 peratus oleh barisan juri profesional dan 30 peratus oleh juri awam yang mengundi di atas talian menggunakan ‘Meter Jiwa’,” katanya.

Menurut Afzal, enam peserta yang tidak berjaya ialah Nora James (44 markah), Najiha (40 markah), Isa (40 markah), Zulrasit (39 markah), Maxwell Syawal (38 markah), dan S. Zainal (29 markah).

Persembahan peserta minggu ini dinilai oleh Dato Nash selaku Ketua Juri serta Norafizah Busman sebagai Juri Tetap dan Noraniza Idris selaku juri jemputan.

Dihoskan oleh Sissy Imann dan Jiggy, program terbitan TVS dengan sokongan Kerajaan Sarawak ini bersiaran langsung setiap Jumaat selama 1 jam 30 minit bermula 8.45 malam.

Sebelum itu, pada jam 7.30 malam, kapsul Debaran Jiwa bersiaran menampilkan barisan personaliti TVS, Fattahbolh dan Siti Zawawi.

Diinspirasikan oleh karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma, program 8 episod ini menampilkan lapan (8) peserta berbeza  untuk episod 1 hingga 5.

Secara keseluruhannya, 40 peserta yang terpilih melalui pencarian bakat seluruh negara akan bertanding dalam program ini. Getaran Jiwa menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM60,000

Selain daripada siaran langsung di saluran 122 Astro dan MYTV, orang ramai berpeluang menonton konsert mingguan Getaran Jiwa LIVE di Stadium MBKS Bintawa.

Masuk adalah percuma. Mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan bit.ly/GETARANJIWA.

Ikuti laman media sosial Getaran Jiwa  (https://linktr.ee/getaranjiwa) untuk maklumat lanjut. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.