PRU-15 : Tengku Zafrul ‘sik’ mahu kecoh ketika kempen

Spread the love

KUALA SELANGOR, 3 Nov : Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau mahu berkempen secara tenang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Menteri Kewangan itu juga berharap agar calon – calon lain yang bertanding berkempen secara sihat demi rakyat.

“Mereka mempunyai kuasa untuk memilih calon yang dirasakan mampu untuk membawa perubahan.

“Bagi saya, kempen yang sihat ialah kita (calon) berkempen untuk rakyat, majukan mereka dan pada masa sama berusaha untuk pembangunan setempat,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas hadir pada program sembang santai dan sumbangan bantuan kepada nelayan di Jeti Nelayan Tanjung Keramat, di sini hari ini.

Pada Selasa lepas, Tengku Zafrul diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi berkenaan.

Pada PRU-14, BN diwakili oleh Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim namun tewas kepada wakil Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dengan majoriti 8,498 undi.

Sementara itu ketika ditanya kesediaan untuk mencabar Dzulkefly, Tengku Zadrul berkata, beliau sudah bersedia.

Setakat ini, empat calon termasuk daripada Gerakan Tanah Air dan Perikatan Nasional mengesahkan akan bertanding di situ. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.