PRU-15: Rapat dengan belia di kawasan, Shafizan mampu raih sokongan

Spread the love

KUCHING, 3 Nov: Sering menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan, sosial dan riadah membabitkan belia di kawasan Parlimen Batang Lupar, menjadikan Mohamad Shafizan Kepli dapat menambat hati golongan berkenaan.

Mohamad Shafizan, 37, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata untuk memastikan sokongan rakyat kekal memihak kepada GPS, beliau akan meluaskan kempennya ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau dan DUN Lingga selain DUN Beting Maro.

Tiga kawasan DUN itu terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar.

Beliau memberitahu segala aktiviti untuk berkempen sudah dalam perancangan, agar masyarakat di kawasan Parlimen Batang Lupar jelas dengan segala rancangan dan pelaksanaan program pembangunan kerajaan GPS.

“Saya juga akan meneruskan legasi pemimpin sebelum ini dari segi pembangunan di Batang Lupar,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan watikah calon-calon GPS di sini, hari ini.

Penyelia di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Pusa itu turut menzahirkan penghargaan kepada mantan Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim kerana memberi peluang kepada beliau untuk bertanding.

Mohamad Shafizan merupakan antara calon muda yang ditampilkan GPS dan beliau dilahirkan di Kampung Pusa. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.