PRU-15: GPS tampil lima calon wanita

Spread the love

KUCHING, 3 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan lima calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini, justeru mempelbagaikan latar belakang calon.

Nama-nama mereka diumumkan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama 26 lagi nama calon lain pada sidang media sempena majlis penyerahan watikah kepada calon-calon PRU-15 di di sini, hari ini.

Mereka ialah mantan Datuk Rubiah Wang yang akan bertanding di Parlimen Kota Samarahan, Dato Hanifah Hajar Taib (Parlimen Mukah), Dato Sri Nancy Shukri (Parlimen Santubong), Dato’ Sri Doris Sophia Brodi (Parlimen Sri Aman) dan Rodiyah Sapiee (Batang Sadong)

Nancy yang juga Menteri Pelancongan dan Seni  Budaya merupakan bekas Ahli Parlimen Batang Sadong, kini berpindah kawasan.

“Wanita pun kita tambah dua iaitu Rodiyah Sapiee dan Dato’ Sri Doris Sophia Brodi.

“Jadi bermakna kita mengemukakan mereka yang berpengalaman dan juga orang muda. Sudah tentu GPS mempunyai hala tuju kita di Sarawak (untuk mencapai negeri berpendapatan tinggi) pada 2030,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 November sebagai hari penamaan calon, undi awal pada 15 November dan hari pengundian 19 November.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.