KUCHING, 3 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempertaruhkan 14 muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.
Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan senarai 31 calon-calon parti itu di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.
Antara calon muka baharu ialah Lidang Disen untuk kawasan Parlimen Mas Gading, Tay Tze Kok (Bandar Kuching) Rodiyah Sapiee (Batang Sadong), Mohamad Shafizan Kepli (Batang Lupar) dan bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Dato’ Sri Doris Sophia Brodie (Sri Aman).
Turut dicalonkan pada majlis penyerahan watikah calon GPS itu ialah Roy Angau Gingkoi (Lubok Antu) dan Dr. Richard [email protected] Begri (Betong), Lo Khere Chiang (Stampin) dan Dato Sri Huang Tiong Sii (Sarikei)
Bagi kerusi Parlimen Saratok muka baharu yang dipertaruhkan ialah Giendam Jonathan Tait, Wong Ching Yong (Lanang) serta Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Clarence Ting Ing [email protected] Ing Ho (Sibu), Jeffery Phang Siaw Foong (Miri) dan Edwin Banta (Selangau).
Muka baharu ini telah melengkapi 19 penyandang lain yang akan melaksanakan misi memenangi 31kerusi Parlimen GPS. – TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.