PRU-15: Nancy Shukri berpindah ke Santubong

Spread the love

KUCHING, 3 Nov : Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri diumumkan sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Beliau yang Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum ini menyandang kerusi Parlimen Batang Sadong selama tiga penggal.

Pemilihan Nancy di situ bagi menggantikan Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang merupakan Ahli Parlimen di situ selama empat penggal sejak 2004.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari sebelum ini mengesahkan Wan Junaidi yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang – Undang) menyuarakan hasrat beliau untuk tidak bertanding pada PRU-15.

Pada 2018, Nancy menang di Batang Sadong dengan majoriti 12, 328 undi manakala Wan Junaidi mempertahankan Santubong juga dengan majoriti besar iaitu 19, 485 undi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.