PRU-15: Tiada masalah jika PN mahu cuba nasib di Sarawak

Spread the love

KOTA SAMARAHAN, 2 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon-calonnya bertanding di kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Setiausaha Agung GPS, Dato Sri  Alexander Nanta Linggi berkata, dalam sistem demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia setiap parti politik yang bertanding dalam pilihan raya, bebas meletakkan calon mereka mengikut kesesuaian parti masing-masing.

“Dalam sistem demokrasi ini, boleh dikatakan kita mengalu-alukan mereka kerana dalam sistem ini tidak ada siapa boleh melarang mereka hendak meletak berapa atau di mana-mana calon mereka untuk bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Peranti Siswa kepada Pelajar Golongan B40 di Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak (UiTMCS) di sini, hari ini.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan itu akan meletakkan calonnya di empat kerusi Parlimen di Sarawak iaitu di Parlimen Saratok, Lubok Antu, Batang Lupar dan Bintulu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.