Pejalan kaki maut dilanggar kereta

Spread the love

SIBU, 2 Nov: Seorang pejalan kaki  maut dipercayai dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan di Jalan Lanang  di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.25 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun menghala ke Jalan Ulu Lanang sebelum terlanggar mangsa berusia 43 tahun yang berlari melintas jalan.

“Akibat kemalangan itu, pejalan kaki terbabit mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans Hospital Sibu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan punca sebenar kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk tujuan bedah siasat, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.