MINDEF tingkat aset dan kekuatan anggota ATM di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 2 Nov : Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) akan terus memperkasakan atur gerak aset dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sarawak dari semasa ke semasa.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam kenyataannya, mengulangi komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memastikan kawalan keselamatan di sempadan negara sentiasa diperkukuh.

Katanya, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak menjadi teras utama dalam usaha memelihara keselamatan di negara ini.

Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia (WBM) di sini, hari ini.

Dalam pertemuan kira-kira satu jam itu, pelbagai perkara dibincangkan termasuk jalinan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Antara perkara yang diketengahkan termasuk komitmen Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pertahanan meningkatkan aset dan kekuatan anggota di Sarawak. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.