Naik taraf dan pembesaran Jalan Matang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan

Spread the love

KUCHING, 1 Nov: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberi jaminan bahawa projek naik taraf dan pembesaran Jalan Matang akan siap dalam tempoh 18 bulan dari sekarang.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan itu berkata projek tersebut merangkumi pembinaan dua laluan tambahan serta pemasangan 70 lampu di sepanjang jalan 4.4 kilometer itu dengan kos RM67 juta.

Uggah berkata ia merupakan salah satu daripada projek sakit di Sarawak namun ketika ini, kerajaan Sarawak telah melantik kontraktor baharu bagi melaksanakan projek terbengkalai yang melibatkan Jalan Matang sehingga simpang Jalan Matang-Batu Kawah.

“Kabinet negeri telah bersetuju melantik Mirecont Sdn Bhd sebagai kontraktor baharu untuk menyiapkan projek sakit tersebut.

“Jadi kita sedang bekerjasama rapat dengan mereka untuk memastikan projek ini siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan. Sebelum ini projek jalan ini telah berdepan masalah kelewatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berterima kasih kepada kerajaan negeri atas respons pantas dalam menangani masalah itu.

Naik taraf Jalan Matang siap dalam 18 bulan

“Terima kasih kepada kerajaan sarawak dengan komitmen untuk menyelesaikan isu projek sakit kerana di sini (Jalan Matang) isu utama di sini kesesakan lalu lintas dan lampu jalan, ia sangat membahayakan.

“Saya mengharapkan urusan proek berjalan lancar dapat beri manfaat kepada penduduk sekitar, sejak kontraktor lama bermasalah memang saya sering berhubung dengan Datuk Amar Douglas, respons pantas dari kerajaan,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.