Lapangan Terbang Lawas ditutup akibat banjir 

Spread the love

LAWAS, 1 Nov : Lapangan Terbang Lawas terpaksa ditutup tiga hari mulai hari ini berikutan landasan dinaiki air akibat hujan lebat semalam.

Perkara ini disahkan oleh jurucakap MASwings ketika dihubungi hari ini serta turut menyatakan notis penutupan hingga Khamis ini telah diterima daripada pihak pengurusan Lapangan Terbang Lawas.

Sumber juga memberitahu penutupan lapangan terbang itu menyebabkan sebanyak 10 penerbangan dibatalkan mulai jam 6.30 pagi tadi mengakibatkan 100 penumpang terjejas.

Menurutnya lagi sebanyak 15 penerbangan membabitkan 232 penumpang turut dibatalkan esok (Rabu).

“Pasukan tempahan penerbangan sedang berusaha untuk memaklumkan semua penumpang yang terjejas,” katanya.

Direkodkan Lapangan Terbang Lawas sering ditenggelami air ekoran banjir kilat melanda daerah itu memandangkan lokasinya terletak berhampiran Sungai Lawas. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.