Empat penjawat awam ditahan curi barang kemas warga asing

Spread the love

IPOH, 1 Nov : Polis hari ini menahan empat penjawat awam bersama dua individu lain bagi membantu siasatan kes kecurian barang kemas bernilai RM14,200 milik seorang wanita warga asing di sebuah rumah kongsi di Pantai Remis di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata penahanan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada rakan lelaki mangsa kira-kira pukul 10 malam pada hari kejadian.

Mohd Yusri mendedahkan menurut pekerja buruh warga Myanmar itu,  empat penjawat awam terbabit telah pergi ke rumah kongsi tersebut sebelum mereka melakukan penggeledahan.

“Mangsa mendakwa menyedari barang kemas bernilai RM14,200 telah hilang sejurus suspek menggeledah rumah kongsi itu,” katanya.

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.