Banjir: Penduduk lima kawasan di Bintulu berpindah ke PPS

Spread the love

KUCHING, 1 Nov: Seramai 77 penduduk dari lima penempatan di Bintulu yang terjejas akibar banjir pada Isnin malam terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara (PPS) di Dewan Suarah Bintulu.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sarawak (APM) menerusi kenyataan hari ini berkata PPS yang menempatkan 25 keluarga dari Kampung Kemunting, Asyakirin, Kampung Baru, Desa Damai dan Bukit Orang dibuka pukul 11.45 malam.

Kawasan-kawasan berkenaan mula dinaiki air kira-kira pukul 9 malam susulan hujan berterusan dari malam Isnin. -TVS

Bintulu dilanda banjir

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.