Lebih 1.9 juta pemilih di Sarawak layak mengundi

Spread the love

PUTRAJAYA, 20 Okt : Daftar pemilih terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan seramai 1 943 074 pengundi di Sarawak akan terlibat memilih 31 calon kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Baca di sini > > > 1. 19 Nov hari mengundi – SPR

2. Dua minggu tempoh kempen PRU-15

3. Lebih 21 juta pengundi akan pilih kerajaan baharu Malaysia

4. Lebih 1.9 juta pemilih di Sarawak layak mengundi

5. Kos PRU-15 dan PRK Bugaya dianggarkan RM1.01 bilion

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata,  jumlah itu membabitkan 1 920 840 pengundi biasa dan 107 pemilih di luar negara.

Lebih 1.9 juta pemilih di Sarawak layak mengundi

“Terdapat juga seramai 12 256 pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan dan 9,871 pengundi polis dan pasangan masing – masing,” katanya.

Sementara itu statistik SPR menunjukkan Selangor mempunyai jumlah pemilih teramai iaitu 3, 677 848 manakala pengundi paling sedikit ialah di Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan seramai 42, 881 orang.

Seramai 20 905 366 pemilih akan membuang undi pada 19 November depan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.