Kuching Jazz kembali menemui peminat

Spread the love

KUCHING, 19 Okt: Pada 28 dan 29 Oktober ini pastikan anda meluangkan masa menikmati alunan muzik  jazz menerusi Kuching Jazz 2022 di Hotel Grand Margherita di sini.

Antara artis yang akan memeriahkan Kuching Jazz 2022 ialah Afgan dari Indonesia, Hendri Rotinsulu dan Jazmint Band (Indonesia), Noryn Aziz (Malaysia), Phum Viphurit (Thailand), Freyja Garbett (Australia), Dawn Wong & The Ark Royal (Singapura) , Leon Sapphire (Malaysia), Ta’dan (Malaysia), Ushera (Malaysia) dan Ky Den (Malaysia).

Selepas dua tahun tidak dianjurkan akibat kekangan COVID-19, ia akan menyaksikan kelainan hasil pengarah bakat muda tempatan yang pernah membuat persembahan dalam edisi Kuching Jazz sebelum ini.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Sebastian Ting berkata Kuching Jazz sudah memasuki edisi keempat dengan slogan ‘Juh Kitai Jazz’.

“Pada kali ini kita menonjolkan bakat lebih muda dan baru. Kuching Jazz 2022 kali ini sedikit berbeza, lebih besar dan yang acara terbaik bagi golongan muda dan berumur untuk menikmati muzik jazz,” katanya pada sidang media Kuching Jazz 2022 di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Ferguson serta Ketua Pegawai Eksekutif Place Borneo Sdn. Bhd, Mona Abdul Manap.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari www.kuchingjazz.com atau muat turun aplikasi Insiders Club daripada Hemisphere. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.