Fakta Menarik Mengenai Sarawak

Spread the love
  1. 1. Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia dengan keluasan 124,450 km²
  1. 2. Kuching adalah satu-satunya bandar raya di Malaysia yang mempunyai dua datuk bandar, Datuk Bandar Kuching Utara dan Datuk Bandar Kuching Selatan.
  1. 3. Sarawak bersedia untuk menjadi pengeluar hidrogen komersial menjelang 2027.
Muzium Budaya Borneo

  1. 4. Muzium Budaya Borneo merupakan muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara.

  1. 5. Sarawak melaksanakan Pemulihan Sosioekonomi Rakyat menerusi inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju namanya diabadikan sebagai nama saintifik sejenis spesies baharu orkid yang ditemui seorang pengkaji daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Foto: UPM, Bintulu
  1. 6. Sejenis spesies orkid liar baharu yang unik,  Bulbophyllum abangjoeii telah dinamakan sempena nama Premier Sarawak pada bulan September 2022.
  1. 7. DUN Sarawak adalah badan penggubal undang-undang tertua di Malaysia yang diwujudkan selepas mesyuarat pertamanya di Bintulu pada 8 September 1867.
  1. 8. Sungai Rajang, Sarawak adalah sungai terpanjang di Malaysia. – 563 KM
  1. 9. Taman Negara Gunung Mulu yang pertama dianugerahkan status Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. – pada tahun 2000
  1. 10. Terdapat kira-kira  28 etnik di Sarawak dengan Iban merupakan etnik terbesar.
  1. 11. Masjid Jamek atau Masjid Lama Negeri Sarawak yang dibina pada 1847, merupakan masjid pertama dibina di Sarawak.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.