Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Merapok, di sini pagi semalam. Foto BBP Lawas.

Lelaki dakwa lihat rakan dibaham buaya di Sungai Merapok

ByTVS

LIMBANG, 10 Okt : Seorang lelaki membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mendakwa melihat rakannya dibaham buaya di Sungai Merapok, dekat sini pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan kejadian itu pada pukul 8.57 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dikerah ke lokasi untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan bot tempur.

“Kawasan SAR melibatkan radius pencarian sejauh satu kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang,”katanya kepada TVS semalam.

Difahamkan mangsa, Juma Misi, 30, merupakan warga Indonesia yang di ladang kelapa sawit di Kuala Gemilang.

Mangsa dan rakannya dikatakan memancing di sungai itu pada pukul 7 pagi dan Juma dipercayai terjatuh ke dalam sungai selepas diserang buaya kira – kira pukul 8 pagi.

Sementara itu, SAR turut disertai pasukan polis dan penduduk kampung. -TVS