Amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri – MetMalaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terlibat adalah Selangor yang merangkumi kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Putrajaya dan Melaka.

Dua lagi negeri adalah Negeri Sembilan meliputi Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.