TERKINI : Ismail Sabri tiba di Istana Negara

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 Okt : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Negara, di sini sebentar tadi.

Ketibaan Ismail Sabri pada pukul 3.48 petang tadi menerusi Pintu 1 diiringi konvoi pasukan keselamatan.

Difahamkan, ketibaan Perdana Menteri adalah untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baca artikel berkaitan > > > Agenda bubar Parlimen dibincang jika berkesempatan – PM Ismail Sabri

Sebelum ini, terdapat desas desus mengatakan Naib Presiden UMNO itu akan menghadap Seri Paduka bagi memohon perkenaan pembubaran Parlimen dan seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Ismail menerusi sidang media pada minggu lepas turut mengesahkan PRU-15 akan berlangsung dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ismail Sabri yang berbaju Melayu bewarna hitam sempat melambai kepada kumpulan media .

BERITA LANJUT MENYUSUL. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.