TERKINI : Ismail Sabri selesai menghadap Agong di Istana Negara

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 Okt : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al – Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini sebentar tadi.

Kenderaan yang membawa Ismail Sabri dilihat keluar menerusi Pintu 1 Istana Negara pada pukul 4.45 petang.

Baca artikel berkaitan: 

  1. 1. TERKINI : Ismail Sabri tiba di Istana Negara
  2. 2. Agenda bubar Parlimen dibincang jika berkesempatan – PM Ismail Sabri

Sebelum ini, terdapat desas desus mengatakan Naib Presiden UMNO itu akan menghadap Seri Paduka bagi memohon perkenaan pembubaran Parlimen dan seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Ismail menerusi sidang media pada minggu lepas turut mengesahkan PRU-15 akan berlangsung dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ismail Sabri yang berbaju Melayu bewarna hitam sempat melambai kepada kumpulan media .

Esok Perdana Menteri sekali lagi akan menjadi tumpuan apabila Bajet 2023 akan dibentangkan di Parlimen.

Sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi bertiup kencang termasuk mengatakan pengumuman pembubaran Parlimen akan dilakukan esok selepas Bajet 2023 dibentangkan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.