Pendidikan kunci masa depan Sarawak – Khere Chiang

Spread the love

KUCHING, 5 Okt : Pendidikan merupakan kunci bagi masa depan Sarawak yang lebih cerah, kata Lo Khere Chiang.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang berkata, menerusi pendidikan juga, ianya mampu mengubah nasib seseorang.

“Oleh itu, kita perlu memberi sokongan untuk memperkasakan pendidikan sejak peringkat awal termasuk di sekolah rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Majlis Penyerahan Buku Aktiviti Murid di Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Sparks Education, Dr Angie Garet dan Ketua Projek Sparks Education, Lim Keat Heang.

Buku berkenaan diterbitkan oleh Spaks Education dan sebanyak 370 naskah diserahkan sempena majlis berkenaan.

Sementara itu, Khere Chiang yang juga Pengerusi MPP berkata, beliau percaya buku berkenaan akan membantu murid – murid di lapan buah sekolah dalam kawasan Batu Kitang.

“Apabila diperkenalkan dengan buku aktiviti ini, saya menyedari kandungannya berbeza dan yakin akan dapat membantu pembelajaran murid – murid,”katanya.

Murid yang menerima sumbangan berkenaan termasuklah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Batu 10, Sekolah Kebangsaan (SK) Landeh, SK Paya Mebi, SK Jalan Haji Baki, SK Saint David, SK Sacred Heart Semabak, SK Batu Kitang dan SK Jalan Arang. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.