Duta Besar AS ke Malaysia pandu uji kereta hidrogen

Spread the love

KUCHING, 6 Okt : Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian McFeeters memandu uji kereta yang dikuasakan tenaga hidrogen semasa lawatannya ke Sarawak Energy Western Region Office, di sini, hari ini.

Turut diuji dalam lawatan berkenaan ialah prototaip basikal elektrik yang juga digerakkan menggunakan tenaga hidrogen.

Selain itu, McFeeters bersama delegasinya turut dibawa melawat loji tenaga hidrogen yang terdapat di fasiliti itu.

McFeeters kemudian melawat American Corner di Pustaka Negeri Sarawak bagi melihat program yang ditawarkan di situ yang bermatlamat untuk memperkasa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta literasi digital kepada rakyat Sarawak.

Pada akhir lawatan, McFeeters meluangkan masa menghadiri sesi borak santai bersama dengan 20 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian McFeeters memandu uji kereta yang dikuasakan tenaga hidrogen semasa lawatannya ke Sarawak Energy Western Region Office, di sini, semalam.

Program hari ini merupakan antara pengisian sempena lawatan rasmi kali pertama beliau ke Sarawak selama tiga hari bermula semalam hingga 7 Oktober.- TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.