Penting untuk kuasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dunia digital

Spread the love

SIBU, 5 Okt: Selain daripada menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, sangat penting untuk para pelajar menguasai Bahasa Inggeris.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di dalam era teknologi digital dan moden.

“Apa sahaja teknologi yang bakal kita dapati di dalam jangka masa sekarang dan masa hadapan, proses teknologi tersebut memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris untuk memahami dan seterusnya dilaksanakan dalam industri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Ke-57 di Sibu pada Rabu.

Majlis tersebut disertai seramai 194 pengetua sekolah menengah di Sarawak.

Pada masa sama, perlaksaaan sekolah antarabangsa di Sarawak kata Abang Johari, adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan untuk bersaing antara satu sama lain, ditaja oleh kerajaan Sarawak.

“Saya bukan mahu masuk campur dalam sektor pendidikan yang menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan, tetapi kadang-kadang kita perlu lihat di mana kita perlu terlibat untuk menaik taraf pendidikan kita di Sarawak ini.

“Melalui Yayasan Sarawak, kita juga telah mengambil alih semua aset universiti swasta yang ada di Sarawak supaya anak Sarawak dapat di latih di sini, sambil mempelajari sukatan pelajaran bertaraf antarabangsa di universiti Swinburne, Curtin, CENTEX dan sebagainya,” tambah Abang Johari lagi.

Dengan mengambil alih asset ini juga, pelajar di Sarawak boleh memilih jurusan bidang yang ingin dipelajari tanpa perlu menghadapi pemilihan UPU yang mungkin akan memberi mereka jurusan yang tidak diminati. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.