GPS tidak terlalu fikirkan ‘bila PRU-15’, fokus terus bekerja untuk rakyat

Spread the love

KUALA LUMPUR, 5 Okt : Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak terlalu memikirkan desas desus pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat yang semakin hangat diperkatakan, ujar Dato Sri Fadillah Yusuf.

Beliau yang juga Ketua Whip GPS berkata, tumpuan mereka ketika ini ialah untuk meneruskan kerja terutamanya mahu memulihkan ekonomi negara selepas teruk ‘dibadai’ pandemik COVID-19.

“Ini bagi memastikan kualiti hidup rakyat dapat ditingkatkan,” katanya kepada TVS semalam.

Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, GPS sudah bersedia dengan sebarang perkembangan membabitkan PRU-15.

“Ya kami (Ahli Parlimen GPS) bersedia jika PRU-15 diadakan pada tahun ini atau tahun depan namun pada masa sama, semua kami sibuk bekerja kerana sedar negara kita berdepan pelbagai cabaran,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.