Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan sasar 50 ribu pengunjung

Spread the love

KUCHING 5 Okt: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bersama Pejabat Residen Samarahan akan menganjurkan Festival Makanan dan Kebudayaan 2022 bagi memperkenalkan makanan tradisi, seni, adat dan budaya serta permainanan tradisi di kawasan berkenaan.

Pengerusi MPKS, Dato Peter Minos berkata, festival berkenaan diyakini akan dapat meningkatkan ekonomi komuniti setempat serta mampu menjadi salah satu produk pelancongan.

Menurutnya, sebanyak 111 tapak gerai akan disediakan selain ruang pameran daripada pelbagai agensi perbankan dan komunikasi akan turut dibuka.

“Antara objektif penganjuran festival ini adalah untuk memperkenalkan kebudayaan di Samarahan seperti Gendang Zapin dan Berladoh Lanang yang kurang diketengahkan.

“Kita berharap agar ianya tidak hilang ditelan zaman dan seterusnya dapat membantu para peminat seni setempat mengasah bakat mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media festival berkenaan di sini hari ini.

Menurut Peter, festival berkenaan yang akan bermula pada 12 hingga 18 November ini menyasarkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung.

“Acara pembukaan akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada 13 November.

“Majlis penutupan pula akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan , Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.