Sokongan terhadap GPS membolehkan kerajaan tumpu pembangunan

Spread the love

KUCHING, 4 Okt : Sokongan padu semua kaum yang diterjemahkan menerusi kemenangan besar Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) membolehkan kerajaan negeri Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi tumpuan terhadap pembangunan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sokongan padu termasuk daripada kaum Cina telah meyakinkannya untuk melantik Dato Sri Dr Sim Kui Hian sebagai Timbalan Premier Sarawak.

“Dengan keputusan itu juga, saya yakin kita dapat sama-sama memajukan lagi Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Sarawak di sini pada Isnin malam (3 Oktober).

Hadir sama, Timbalan-timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan memperuntukkan geran padanan kepada Gabungan Persatuan-persatuan Cina Sarawak bagi tujuan membina bangunan baharu pertubuhan itu.

“(Contohnya) anda (berjaya) mengumpul RM6 juta, saya beri RM6 juta dan jika anda kumpul RM7 juta, saya akan berikan RM7 juta. Kemudian, barulah kita dapat membina bangunan baharu,” katanya.

Kos pembinaan bangunan tersebut memerlukan RM15 juta.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.