Sikap tenang dua pekerja berjaya elakkan kebakaran besar

Spread the love

KUCHING, 2 Okt : Sikap tidak panik dua pekerja kedai makan di sebuah pusat membeli – belah di Jalan Song, di sini berjaya menyelamatkan premis berkenaan daripada mengalami kemusnahan besar dalam kebakaran hari ini.

Dalam kejadian kira – kira pukul 12.41 tengah hari tadi, bahagian dapur kedai berkenaan yang terletak di tingkat bawah gedung berkenaan mengalami kebakaran kecil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Meramit berkata, kebakaran melibatkan kipas ekzos di bahagian dapur yang terbakar 35 peratus.

“Kebakaran berkenaan memusnahkan keseluruhan kawasan dapur namun tidak melibatkan struktur bangunan,” katanya menerusi kenyataan media.

Mohamad berkata, kebakaran berjaya dipadamkan oleh pekerja kedai menggunakan dua unit alat pemadam.

“Pasukan bomba yang tiba kemudian  membuat pemeriksaan keadaan di lokasi dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.05 minit,” katanya.

Beliau memberitahu, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.