Mayat pemukat ikan ditemukan separuh badan, dipercayai dibaham buaya di Beluran

Spread the love

BELURAN, 30 Sept : Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di sungai di Kampung Obah, Paitan di sini ditemukan meninggal dunia pagi semalam dengan mayat dalam keadaan tidak sempurna, dipercayai akibat dibaham buaya.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan mayat mangsa dikenali sebagai Arasin Atang, 56, ditemui orang awam pada jam 8.10 pagi.

Mangsa dilaporkan hilang ketika memukat ikan di kawasan muara sungai itu pada tengah hari Rabu lepas.

Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.53 tengah hari Rabu dan bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 85 kilometer (km).

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah water surface menggunakan bot penyelamat di sekitar kawasan muara sungai.

“Mayat mangsa dijumpai pada hari kedua dalam keadaan separuh badan sahaja dengan terdapat kesan gigitan dipercayai buaya pada bahagian kepala,” kata kenyataan berkenaan.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.