Bajet 2023 : Beri Sarawak lebih RM5 bilion

Spread the love

 

BELAWAI, 30 Sept : Sarawak wajar mendapat peruntukan yang lebih besar menerusi pembentangan Bajet 2023 di Parlimen, pada Jumaat depan.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab berkata, pada 2022, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion kepada negeri ini dan jumlah berkenaan wajar dinaikkan.

“Tambahan peruntukan itu amat penting bagi memastikan kelangsungan pembangunan dapat diteruskan khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar Sarawak.

“Kita mengharapkan dapat lebih RM5 billion kerana Sarawak masih lagi memerlukan banyak peruntukan untuk membangunkan negeri,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Kampung Belawai hari ini.

Mengulas mengenai kawasannya pula, Abdul Wahab berkata, Tanjong Manis juga masih kekurangan kemudahan infrastruktur asas yang diperlukan rakyat.

“Antara yang perlu ditingkatkan termasuklah kemudahan penting seperti bekalan air bersih, jalan raya, sistem telekomunikasi dan sebagainya,”katanya.

Pada masa sama beliau turut berharap agar belanjawan kali ini lebih mesra rakyat dan meneruskan bantuan bagi memulihkan ekonomi rakyat akibat COVID-19. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.