Pertandingan akhir bintang P. Ramlee 2022 dan Pertandingan Bintang Kecil kembali temui peminat

Spread the love
KUCHING, 29 Sept: Pertandingan saringan akhir Bintang P. Ramlee 2022 dan Pertandingan Bintang Kecil bakal kembali menemui peminatnya pada 22 Oktober dan 24 Disember ini selepas dua tahun tidak diadakan berikutan penularan wabak COVID-19.
 
Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Dato Che’ Roslan Che Daud berkata, pertandingan akan diadakan di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak yang akan disertai dari 12 zon di seluruh Malaysia.
 
“Seramai 10 peserta finalis telah dipilih untuk menyertai saringan akhir dalam Perrtandingan Bintang Kecil pada bulan Disember ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediaman rasminya, di sini, hari ini.
 
Berikutan sambutan yang menggalakkan, beliau berkata pertandingan ini akan diperluas ke peringkat kebangsaan.
 
Pada masa sama, beliau berharap, ia akan dapat diteruskan sebagai salah satu aktiviti tetap RTM.
 
Penganjuran Bintang P.Ramlee diadakan setiap dua tahun sekali dan telah dibuka penyertaannya kepada individu yang berusia antara 18 tahun hingga 45 tahun.
 
Untuk tahun ini, syarat kelayakan peserta adalah untuk mereka yang lahir pada 1977 hingga 2004. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.