PPNS jalin kerjasama dengan syarikat swasta untuk perniagaan berasaskan pertanian 

Spread the love
KUCHING, 28 Sept: Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) telah menjalinkan usaha sama dengan beberapa syarikat swasta bagi memperluaskan perniagaan berasaskan pertanian.
 
 
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, PPNS kini telah menubuhkan empat syarikat dan dua lagi akan ditubuhkan menjelang hujung tahun ini.
 
 
“Bidang industri pertanian yang diceburi adalah akuakultur, pertanian, makanan akuakultur, penternakan kerbau, pengeluaran keju serta Pusat Pengumpulan, Pemprosesan, Pembungkusan dan Pemasaran (CPPC) di Limbang dan Lawas,” katanya dalam ucapan di Mesyuarat Agung Tahunan PPNS ke-37 di sini, hari ini.
 
 
Tambahnya, PPNS juga merancang pelan perniagaan dan pemasaran bersama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) melalui Peladang E-Shop dan Kedai Input pertanian yang dijangka meningkatkan pendapatan bersih PPNS sehingga RM5 juta setahun.
 
 
Beliau juga selaku Pengerusi PPNS  berkata, PPNS berhasrat menjadi pengedar utama input pertanian untuk kedai input PPK dengan harga lebih murah dari pasaran terbuka.
 
 
“Ini termasuk mewujudkan rantaian pemasaran bersama PPK melalui peladang E Shop di PPNS dan semua PPK melalui perniagaan secara fizikal dan maya serta melalui Pasar Borong di Samarahan untuk memasarkan hasil dan produk pertanian PPK dan ahli peladang,” ujarnya.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.