Padah simpan sebutir peluru hidup, pemuda diberkas polis

Spread the love
BALIK PULAU, 27 Sept : Tindakan seorang lelaki menyimpan sebutir peluru hidup mengundang padah apabila dia ditahan polis di Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada Ahad.
 
Peluru tersebut difahamkan ditemui di dalam beg sandang berwarna biru bersama suspek berusia 27 tahun ketika pemeriksaan dijalankan.
 
Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menyebut dalam satu kenyataan bahawa suspek ditahan oleh pasukan peronda dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Barat Daya.
 
“Hasil pemeriksaan ke atas beg silang yang dipakai suspek, polis telah menemui sebutir peluru hidup jenis SME 9MM 7-15.
 
“Barang kes itu kemudiannya telah dirampas bagi siasatan lanjut, manakala suspek turut ditangkap,” kenyataan semalam menambah.
 
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.