34 penghuni rumah pekerja hilang tempat berteduh

Spread the love
MIRI, 27 Sept: Seramai 34 penghuni termasuk tujuh kanak-kanak hilang tempat berteduh selepas rumah pekerja 20 pintu didiami mereka musnah terbakar dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Kilometer 55, Jalan Marudi dekat sini petang semalam.
 
Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba (PgKB II) Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihak Balai Bomba (PBB) Lopeng hanya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 3.23 petang.
 
“Anggota PBB Lopeng diketuai PBK II Wan Sakawi bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah blok kediaman 20 pintu (Blok C) berstruktur tidak kekal telahpun musnah 100 peratus. Kejadian berlaku dipercayai bermula dari sebuah bilik pekerja Pintu No.15 sekitar jam 9.15 pagi,” katanya dalam satu kenyataan
 
Difahamkan beberapa penghuni berusaha memadamkan api namun tidak berjaya kerana api marak dengan cepat memusnahkan keseluruhan kediaman Blok C.
 
Menurut beliau, pasukan keluaran BBP Lopeng tiada melakukan operasi pemadaman dan hanya hadir ke tempat kejadian untuk pengesahan kebakaran sahaja.
 
Katanya lagi, tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.
 
Anggota BBP lopeng menjalankan pemantauan sebelum berangkat balik ke balai kira-kira jam 4.50 petang. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.