Tiada unsur pilih bulu dalam memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak – Abang Johari

Spread the love

KUCHING, 26 Sept: Tidak wujud sikap pilih bulu oleh Kerajaan Sarawak dalam memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini, terutamanya dalam sektor perkhidmatan awam.

Mengambil ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) yang dianggotai pelbagai bangsa dan agama sebagai contoh, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata setiap rakyat Sarawak memiliki peluang sama rata dan akan dipilih berdasarkan merit dan kelayakan yang telah ditetapkan.

“Kerajaan Sarawak sentiasa bersikap adil dalam memberikan peluang pekerjaan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan tempat asal.

“Kita menafikan sekeras-kerasnya tohmahan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kerajaan bersikap pilih kasih dalam memberi peluang kepada mana-mana orang yang ingin menyertai perkhidmatan awam negeri, “ katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran ‘Immune Belt Enforcement Team’ di Dataran Perayaan, Petra Jaya, di sini hari Ini.

Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.