PBB dan GPS bersedia jika Parlimen dibubarkan ‘esok’ – Stephen Rundi

Spread the love
KUCHING, 26 Sept : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selaku tunjang dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya parlimen dibubarkan pada tempoh terdekat.
 
Naib Presiden Kanannya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, persiapan rapi sedang dilaksanakan apabila beberapa mesyuarat bersama barisan kepimpinan tertinggi parti telah berlangsung.
 
 
“Esok pun boleh, sebab kita yakin.
 
“Kita tidak akan turun ke gelanggang pilihan raya jika tiada keyakinan,”katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menghadiri mesyuarat di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako di sini hari ini.
 
Mesyurat berkenaan dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
 
Turut hadir Timbalan Setiausaha Agung PBB, Datuk Ibrahim Baki dan Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah.
 
Sementara itu, Stephen Rundi yang juga Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata, mesyuarat hari ini bukanlah kali pertama berlangsung.
 
“Pelbagai aspek persediaan parti menjelang PRU-15 disentuh namun kita tidak bincang mengenai calon – calon,” katanya.
 
Sementara itu, beliau berkata, PBB sebagai parti tunjang dalam GPS perlu bersedia lebih awal.
 
“Kita lakukannya (persediaan) membabitkan perspektif GPS yang merangkumi PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik (PDP),”katanya. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.