Dr. Sim buktikan jiwa doktor perubatan tidak pernah luntur

Spread the love

KUCHING, 26 Sept : Jiwa seorang doktor tidak akan pernah luntur apatah lagi apabila berhadapan dengan individu yang memerlukan pertolongan.

Tular di media sosial hari ini melaporkan Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian bergegas turun dari pentas utama demi membantu seorang anggota yang pengsan ketika perbarisan Majlis Pelancaran Immune Belt Enforcement Team (IBET) di Dataran Perayaan, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Dr Sim yang merupakan seorang doktor dan pakar jantung dilaporkan sama-sama mengangkat anggota tersebut bersama tiga anggota yang lain.

“Bukan selalu kita melihat seorang Timbalan Premier melompat dari pentas utama membantu seorang anggota yang pengsan ketika pemeriksaan barisan diadakan.

“Begitulah jiwa seorang doktor yang akan membantu sesiapa sahaja ketika pertolongan diperlukan,” menurut laman facebook Sarawak Viral News dalam sebuah hantaran. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.