Bengkel Biasiswa Chevening di TEGAS Digital Village hujung minggu ini

Spread the love

KUCHING, 26 Sept : Sesi Maklumat dan Bengkel Biasiswa Chevening akan diadakan di TEGAS Digital Village di sini pada Jumaat dan Sabtu ini bagi individu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana di United Kingdom di bawah tajaan Suruhanjaya Tinggi British.

Sesi anjuran bersama Suruhanjaya Tinggi British dan TEGAS Digital Village ini akan diadakan dalam dua sesi berbeza.

Pada Jumaat ini, 30 September, dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang, sesi maklumat itu akan menyentuh tentang biasiswa berkenaan.

Pada Sabtu, 1 Oktober, dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, pengisian bengkel adalah perkongsian tentang cara menulis esei permohonan dan mengisi borang penyertaan.

Bagi yang berminat, sila daftar diri melalui pautan bit.ly/CheveningxSarawak. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.