SUKMA: Pukulan Malcolm Ting hadiahkan emas golf untuk Sarawak

Spread the love

KUCHING, 24 Sept : Kelab Golf Negara, Subang, Selangor semalam menyaksikan sebutir pingat emas berjaya diraih Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20.

Pemain Sarawak, Malcolm Ting Siong Hung mempamerkan ketenangan ketika pusingan akhir acara berkenaan untuk muncul juara individu lelaki.

Pusingan akhir semalam menyaksikan Malcolm dicabar hebat menerusi dua ‘play off’ oleh wakil Wilayah Persekutuan, Muhammad Ikhmal Basri.

Gangsa acara itu dimenangi Zia Iqmal Abdul Rashid, dari Terengganu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.