SUKMA: Pencak silat hadiahkan dua emas kepada Sarawak

Spread the love

KUCHING, 24 Sept : Dua atlet pencak silat masing – masing menghadiahkan pingat emas kepada Sarawak pada hari terakhir Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 hari ini.

Mohd. Abdul Latif Maxzakir muncul juara kategori 80 hingga 85 kilogram (kg) selepas menewaskan pesilat Perak, Muhammad Yussuf Razaki dengan keputusan 26 -16 pada perlawanan akhir pagi tadi.

Acara yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan itu turut menyaksikan Raveena Jeno menghadiahkan emas kedua Sarawak hari ini.

 

Raveena Jeno meraikan pingat emas yang dimenanginya, Foto: FB EDISI Kalaka Saratok.

Raveena yang beraksi dalam acara kelas E wanita (kategori 65 hingga 70 kg) berjaya menewaskan pesilat Pahang, Nurul Aina Zailudin menerusi kiraan mata 41-35. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.