SUKMA: Emas kedua tinju disumbang Jackson Chambai

Spread the love

KUCHING, 24 Sept : Beberapa jam sebelum saingan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 melabuhkan tirai, kem Sarawak terus bersemangat memburu pingat emas yang ditawarkan.

Petang ini, gelanggang tinju di Putrajaya menjadi saksi ‘pecutan terakhir’ atlet Sarawak apabila berjaya meraih dua pingat emas.

Selepas kejayaan Daeloniel McDelon Bong menang emas kategori 54 hingga 57 kilogram (kg), seorang lagi petinju Sarawak, Jackson Chambai turut cemerlang menampilkan ‘tumbukan emas’.

Jackson yang bertarung pada final kategori 48 – 51 kg, cemerlang menewaskan Mohamad Hakimi yang mewakili Wilayah Persekutuan dengan keputusan 5 – 0 .

Semalam kem tinju turut menyumbang sebutir pingat perak menerusi Mohd. Helmi Cheng Mohd. Firdaus bagi kategori 63. 5 hingga 67 kg. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.