Sarawak United FC dapat penaja baharu

Spread the love

KUCHING, 24 Sept : Kelab bola sepak Sarawak United FC (SUFC) mengumumkan Murata Manufacturing (Sarawak) Sdn. Bhd. sebagai penaja baharu mereka.

Presiden SUFC, Dato Posa Majais menerusi kenyataan ringkas berkata, kelab berkenaan mengalu-alukan kesudian Murata Manufacturing bekerjasama dengan pihaknya.

Sementara itu, Murata Manufacturing berkata, persetujuan untuk menaja Sarawak United FC adalah sebagai tanda sokongan kepada pasukan bola sepak tempatan di Sarawak.

“Ini kerana Murata yang merupakan syarikat peneraju dalam pembuatan komponen elektronik dari Jepun turut mempunyai kilang di Sarawak,” jelas syarikat itu menerusi kenyataan media.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan berlangsung semalam di pejabat Murata Manufacturing (Sarawak) Sdn. Bhd di Samajaya Free Industrial Zone.

Sarawak United FC diwakili Posa manakala syarikat itu diwakili Pengarah Urusannya, Kaoru Kumekawa. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.