Budaya integriti harus dipupuk dalam kalangan perkhidmatan awam

Spread the love

KUCHING, 25 Sept : Budaya integriti di dalam perkhidmatan awam perlu sentiasa dijadikan asas dan pegangan dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato’ Murshid DiRaja Dr Juanda Jaya, ini merupakan satu inisiatif tahunan kerajaan negeri Sarawak bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha memerangi rasuah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah menghadiri Program Perhimpunan Pegawai-Pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) 2022 pada Sabtu.

“Ini adalah antara inisiatif tahunan pihak kerajaan negeri Sarawak bersama pihak SPRM dan agensi agensi lain bagi memastikan penerapan integriti dan penerapan kebencian terhadap amalan rasuah pada semua peringkat,” kata Juanda.

Beliau menambah, kabinet negeri Sarawak melafazkan ikrar bebas rasuah setiap awal tahun.

“Sebagaimana kita maklum, setiap awal tahun, kabinet negeri Sarawak akan melakukan ikrar bebas rasuah di hadapan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Kita akan panjangkan aktiviti seperti ini kepada semua ‘government-linked companies’ (GLC) yang berkaitan kerana kita ingin memastikan menjelang tahun 2030, apabila Sarawak mencapai taraf negara yang memaju, sikap, perangai, pengurusan, pentadbiran di peringkat kerajaan negeri pada semua peringkat mempunyai ciri- ciri negara yang maju, bebas rasuah, integriti, dan melaksanakan apa yang dikehendaki oleh undang-undang di negara kita,” ujar Hasbi.

Seramai 168 pegawai UKAS, yang terdiri daripada pegawai dari Ibu Pejabat UKAS serta pegawai kader pada peringkat kementerian dan pejabat bahagian, menghadiri Program Perhimpunan Pegawai-Pegawai UKAS 2022. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.