Awas, jangan merokok di kedai makan di Limbang – pegawai daerah

Spread the love

LIMBANG, 24 Sept : Aspek penguatkuasaan undang-undang terhadap larangan merokok di premis makanan di sini akan terus diperhebatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahagian ini.

Pegawai Daerah Limbang, Superi Awang Said berkata, langkah itu perlu dilaksanakan secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan yang lain pada setiap hari.

Superi berkata, pewartaan tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok sudah dikuatkuasaan sejak 1 Januari 2019.

“Bagaimanapun masih ramai yang tidak patuh terhadap larangan ini.

“Malah perokok tanpa segan silu merokok dan menghembus asap tanpa memikirkan kemudaratan kepada orang di sekeliling,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Kempen Speak Out dan Pengukuhan Penguatkuasaan Tempat Makan Sebagai Tempat Dilarang Merokok Sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Bahagian Limbang di sini semalam.

Sementara itu, Superi berkata, alasan ‘tidak tahu’ tentang larangan merokok di tempat awam tidak boleh diterima memandangkan perkara itu sudah lama dikuatkuasakan.

“Orang ramai beranggapan anggota KKM tidak akan turun padang memantau kerana sibuk menguruskan COVID-19.

“Oleh sebab itu, kesedaran pemilik kedai makan dan masyarakat amat penting bagi memastikan larangan merokok dipatuhi,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.