SUKMA : Wei Hii sekali lagi tampilkan kuakan emas untuk Sarawak

Spread the love

KUCHING, 23 Sept : Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil terus menceriakan kontinjen Sarawak apabila Puong Wei Hii memenangi pingat emas acara renang 100 meter kuak lentang lelaki hari ini.

Wei Hii yang sudah meraih dua emas sebelum ini mencatatkan masa terpantas 58.83 saat untuk menewaskan perenang Selangor, Terence Ng Shian Jian.

Pingat gangsa turut diraih wakil Selangor, Jordan Yip Zhu Ern.

Sementara itu, Kelly Teo Yao hari ini turut menyumbang pingat apabila meraih gangsa acara renang 100 meter kuak lentang wanita.

Setakat ini kem renang Sarawak telah membolot lima pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.