SUKMA : Kilat boy ketuai kemaraan empat petinju Sarawak ke final

Spread the love

KUALA LUMPUR, 23 Sept : Pasukan tinju Sarawak mengintai peluang untuk melakar kejutan apabila empat petinjunya mara ke final acara itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 yang sedang berlangsung.

Ketua Jurulatih, Muhammad Herman Morni berkata, bagi kategori 48 hingga 51 kilogram (kg) yang akan berlangsung esok Sarawak akan menyandarkan harapan kepada Jackson Chambai yang menentang wakil Wilayah Persekutuan.

Selain itu katanya bagi kategori 54 – 57 kg, Daeloniel Mcdelon Bong atau dikenali sebagai kilat boy pula turut mara ke final esok menentang Alif Akmal Muhamad Azri, juga dari Wilayah Persekutuan.

“Sementara itu, pada petang ini, Mohd. Helmi Cheng Mohd. Firdaus akan menentang peserta Terengganu, Halim Izani Sulaiman.

“Harapan saya supaya mereka berjuang habis – habisan.

“Pada mulanya, sasaran kita satu emas, Alhamdulillah empat yang ke final akan cuba beri kejutan untuk menceriakan penyokong Sarawak,” katanya kepada TVS hari ini.

Sementara iru, Mohd Rafieq Murshidi pula akan membuat perhitungan emas dengan Muhammad Ariff Aiman Mohd. Farid dari Johor bagi kategori 63.5 – 67 kg.

Pada SUKMA 2018 di Perak, Sarawak membawa pulang satu perak dan dua gangsa. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.