Perkasa CDERT sebagai persediaan hadapi banjir

Spread the love

SANDAKAN, 23 Sept : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan memperkasa peranan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) sebagai persediaan menghadapi banjir.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Malaysia, Dr Norhafifi Ismail berkata, lebih 5,000 kawasan hotspot di seluruh negara yang dikenal pasti berpotensi dilanda banjir.

Berikutan itu katanya, APM akan memberi tumpuan dengan melatih CDERT yang terdiri daripada komuniti setempat dengan tindakan awal yang boleh dilakukan sekiranya kawasan mereka dinaiki air.

“Sekiranya di peringkat awal komuniti tahu peranan mereka, kita tidak perlu menggunakan logistik yang banyak seperti bot dan trak untuk memindahkan mangsa banjir.

“Pada masa sama, ini juga dapat menjimatkan kos kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir Majlis Penghargaan Frontliners APM Negeri Sabah di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, banjir yang berlaku di Lembah Klang pada tahun lalu boleh dijadikan panduan untuk membantu kerajaan supaya lebih sistematik dalam menguruskan bencana pada masa akan datang.

Pada majlis tersebut, Norhafifi telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 98 orang terdiri daripada pegawai kehormat dan pegawai tidak bertauliah selain memberi pingat kepada warga APM yang terlibat dalam penugasan COVID-19.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.