Pemenang Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak layak terima pinjaman mudah RM250 ribu – Awang Tengah

Spread the love

KUCHING, 23 Sept : Pemenang Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2022 akan layak menerima pinjaman mudah sehingga RM250 000 yang disediakan oleh kerajaan negeri, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, pinjaman berkenaan akan disalurkan menerusi Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak.

Katanya, anugerah berkenaan diwujudkan bertujuan untuk mengiktiraf usahawan kumpulan itu yang cemerlang dan telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak.

“Bagi anugerah usahawan harapan, wanita, lelaki dan belia, mereka juga layak menerima geran berjumlah RM20,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak (AUBS), di sini, hari ini.

Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2022 dikelolakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) dengan kerjasama Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) serta Idris Ibrahim & Co Groups of Companies (IIG).

Anugerah tersebut bakal berlangsung pada 11 November 2022 dengan pemenang akan menerima trofi dan sijil.

Antara kategori yang dipertandingkan termasuklah Anugerah Usahawan Bumiputera Cemerlang, Anugerah Usahawan Berjaya dan Anugerah Usahawan Harapan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.