Lelaki hilang di Sungai Muara Payang ditemukan lemas

Spread the love

SARIKEI, 23 Sept : Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Muara Payang, Selasa lepas ditemukan lemas petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan Pertahanan Awam Shahrol Azizi Zaidi berkata, mayat Aziz Yusup, 43, ditemukan kira – kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Katanya, mayat dibawa ke Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi tujuan pengesahan oleh keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Berikutan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada pukul 6 petang,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Dalam kejadian itu,mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan perahunya yang terlepas ikatan tali daripada dihanyutkan arus. – TVS.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.