Lakis cadang stesen minyak Petros dibuka di Spaoh

Spread the love

KUCHING, 23 Sept : Lembaga Amanah Khairat Islam Spaoh (Lakis) mengemukakan cadangan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg supaya stesen minyak Petros dibina di Spaoh.

Pengerusinya, Dr Abang Ismail Abang Julaihi berkata, sekiranya dilaksanakan perkara itu, ianya bakal memberi kemudahan kepada rakyat di kawasan berkenaan.

“Di Spaoh terdapat lebih 6,000 pemilik kenderaan dan sudah pasti stesen minyak Petros akan memudahkan urusan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai delegasi Lakis Spaoh mengadakan kunjungan hormat bertemu Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Ujar Dr Abang Ismail, Premier Sarawak itu menasihati pihaknya supaya berunding dengan Sarawak Energy berkenaan cadangan pembinaan stesen minyak di sana.

Sementara itu, beliau memberitahu, Lakis turut mengemukakan cadangan untuk membina Sekolah Tahfiz Lakis bagi menghimpunkan pelajar- pelajar madrasah di Betong dan Kalaka.

Dalam perkembangan sama, Abang Ismail memberitahu, pihaknya telah menerima peruntukan sebanyak RM20 juta bagi tujuan penambahbaikan Tanah Perkuburan Islam Spaoh dan menaik taraf Masjid Darul Syifa Spaoh. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.